• Login
  • Register
Related Topics
Training Guide for Islamic Workers
Tags:
islamic

Bingkisan Jumaat: Amalan Sunnah Di Hari Jumaat

Daripada Ibn As-Sabaq RA menceritakan Rasulullah SAW bersabda:

"Wahai kaum muslimin! Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan hari ini sebagai hari kebesaran, maka hendaklah kamu sekalian mandi. Barangsiapa memiliki wangian, maka tidaklah mengapa jika kamu berwangian dengannya dan hendaklah kamu bersiwak."
(Hadith riwayat Imam Malik)

Hari jumaat dikenali sebagai penghulu bagi segala hari. Beberapa amalan sunnah yang perlu dilakukan pada hari jumaat, antaranya :
🔹Diwajibkan mandi kepada yang berjunub dan disunatkan kepada selainnya
🔹Disunnahkan berwangian sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi SAW. Bahkan Abu Hurairah RA mewajibkan berwangian pada hari jumaat
🔹Disunahkan bersiwak sebagaimana menjadi amalan Nabi SAW pada setiap waktu solat

Banyak lagi amalan sunnah yang boleh diamalkan pada hari jumaat. Ayuh kita perbanyakkan juga selawat ke atas junjungan Nabi SAW.🤗

Try visit other page: Aafiyat2u, Olive House, or Aafiyat Mall
  • Home
  • About
  • Directory
  • Dictionary