Info Aafiyat: Kaitan Kurang Tidur & Obesiti
Tidur sangatlah penting kepada kita kerana tidur merupakan tempoh badan berehat. Tempoh ini digunakan oleh sistem badan untuk membaiki kerosakan sel, merawat kecerderaan, membuang toksid ke sistem perkumuhan dan pelbagai lagi. Secara umumnya tidur ialah terapi untuk kesihatan fizikal dan mental.
Apa yang akan berlaku jika kita kurang tidur pada waktu malam?




Jangan pandang remeh terhadap masalah kurang tidur kerana ianya boleh menjadi punca kepada peningkatan stres. Stres pula dikenalpasti sebagai pencetus kepada pelbagai penyakit metabolik seperti darah tinggi, diabetes, kolesterol, penyakit kardiovaskular dan kanser.
Oleh itu, cukupkan tidur pada waktu malam di samping makan makanan yang boleh membantu mendapat tidur yang lena seperti minyak zaitun dan madu yang tinggi vitamin E akan menggalakkan hormon membantu memudahkan untuk tidur.