• Login
  • Register
Related Topics
Tags:
infoaafiyat

Info Aafiyat: Kaitan Kurang Tidur & Obesiti

 

Tidur sangatlah penting kepada kita kerana tidur merupakan tempoh badan berehat. Tempoh ini digunakan oleh sistem badan untuk membaiki kerosakan sel, merawat kecerderaan, membuang toksid ke sistem perkumuhan dan pelbagai lagi. Secara umumnya tidur ialah terapi untuk kesihatan fizikal dan mental.
 
Apa yang akan berlaku jika kita kurang tidur pada waktu malam?
👉Menjejaskan penggunaan tenaga harian oleh tubuh badan
👉Berlaku peningkatan pengambilan makanan akibat lapar pada tengah malam
👉Menyebabkan pengurangan 18% dalam leptin(hormon mengawal pengambilan makanan) dan peningkatan 28% dalam ghrelin(hormon memberi isyarat lapar), meningkatkan risiko pengambilan makanan dan menyumbang kepada penambahan berat badan
👉Berlaku rintangan insulin dengan meningkatkan aktiviti sistem saraf, menaikkan tahap kortisol dan mengurangkan penggunaan glukosa. Hal ini boleh menjejaskan fungsi pankreas dan menyumbang kepada penyakit diabetes
 
Jangan pandang remeh terhadap masalah kurang tidur kerana ianya boleh menjadi punca kepada peningkatan stres. Stres pula dikenalpasti sebagai pencetus kepada pelbagai penyakit metabolik seperti darah tinggi, diabetes, kolesterol, penyakit kardiovaskular dan kanser.
 
Oleh itu, cukupkan tidur pada waktu malam di samping makan makanan yang boleh membantu mendapat tidur yang lena seperti minyak zaitun dan madu yang tinggi vitamin E akan menggalakkan hormon membantu memudahkan untuk tidur.

Try visit other page: Aafiyat2u, Olive House, or Aafiyat Mall
  • Home
  • About
  • Directory
  • Dictionary