Hati- hati dengan Minyak Zaitun Palsu,Jangan Sampai Tertipu!
Hati- hati dengan Minyak Zaitun Palsu, Jangan Sampai Tertipu!
"Eh, minyak zaitun pun ada yang palsu ke?"
Dunia sekarang serba canggih, bukan je barang boleh ditiru, makanan dan ubat pun ada yang tiruan!
Ini Tips untuk Anda Memilih Minyak Zaitun Asli dan Berkualiti Tinggi!
1. Minyak dibotolkan dalam botol kaca gelap atau jernih serta dimasukkan ke dalam kotak. Minyak zaitun sangat sensitif pada cahaya dan kepanasan. Botol gelap akan melindungi minyak dari teroksida dan hilang khasiatnya.
2. Pilih minyak yang EXTRA VIRGIN Extra Virgin ialah minyak hasil proses yang pertama yang mana ia paling bermutu dan PALING banyak Zat nutrisi.
3. Menggunakan Mekanikal 'Cold Press' Minyak yang diproses mengunakan ' Cold Press ' iaitu kaedah alami tanpa menggunakan kimia atau pemanasan akan mempunyai kandungan khasiat yang tinggi.
4. Minyak zaitun tidak ditapis Minyak Zaitun yang tidak ditapis mengandungi 30% lebih Polifenol, iaitu sejenis bahan perlindungan semualajadi yang membantu melindungi sel tubuh badan manusia dari serangan radikal bebas, virus dan bakteria. Minyak Zaitun yang ditapis akan kehilangan 4 khasiat penting di dalamnya iaitu Polifenol, Karoten, Klorofil dan Antocyanin.
5. Pastikan Original dan Asli Mengikut ujian FDA 1996 ,96% mendapati minyak zaitun di pasaran tidak asli dan dicampur dengan minyak lain.
Semoga bermanfaat!