• Login
  • Register
Related Topics
Tags:
tipsaafiyat

Tips Aafiyat: Langkah Pencegahan Dehidrasi di Bulan Ramadhan

 

Pencegahan adalah langkah utama dalam merawat situasi dehidrasi. Rawatan yang paling berkesan adalah dengan menggantikan air yang telah hilang daripada badan.

Kita disarankan mengambil minuman dengan lebih banyak untuk menggantikan cecair yang hilang sepanjang berpuasa.

Kekal hidrat di bulan Ramadan dengan minum air kosong 8 gelas sehari:

🥛Selepas bangun tidur untuk bersahur
🥛Semasa bersahur
🥛Semasa berbuka puasa
🥛Selepas solat maghrib
🥛Semasa mengambil hidangan berat
🥛Selepas solat isyak
🥛Selepas solat tarawih
🥛Sebelum tidur

Air kosong tidak mempunyai kalori jadi pastikan minum air kosong secukupnya ya sepanjang bulan Ramadan supaya badan kekal hidrat. Bancuhlah bersama 1 sudu besar Cuka Tin dengan segelas air kosong (200ml), untuk menyokong melancarkan proses pencernaan makanan dlm perut & melancarkan pergerakan usus selepas berbuka puasa.💪

Rujukan: Kementerian Kesihatan Malaysia

Try visit other page: Aafiyat2u, Olive House, or Aafiyat Mall
  • Home
  • About
  • Directory
  • Dictionary