Melatonin Dan Obesiti
MELATONIN DAN OBESITI
Semasa berumur 30an saya kerap korban masa tidur saya untuk bertugas di klinik dan hospital. Dalam sehari, saya tidur kurang dari 6 jam. Pernah beberapa kali saya tidur hanya 3 jam.
Itu pilihan saya, kononnya bekerja keras untuk hidup dan kerjaya. Namun sebenarnya ia adalah pilihan yang tidak bijak.
Berat saya bertambah. Saya bertambah stress. Mood saya turun dan naik. Tekanan darah melonjak.
Kita perlukan tidur yang mencukupi. Tidur yang tidak cukup akan menyebabkan gangguan pada penghasilan hormon melatonin.
Ya kekurangan hormon melatonin akan menyebabkan pola tidur terganggu. Tidur yang tidak mencukupi pula akan menyebabkan hormon ini tidak dikeluarkan dengan sebaiknya.
Hormon melatonin mempunyai pelbagai fungsi penting dalam sistem badan kita, antaranya:
1. membantu kita mendapat pola tidur yang lebih baik
2. melambatkan proses penuaan
3. meningkatkan metabolisme tubuh
4. meningkatkan sistem daya tahan.
Antara langkah yang boleh kita lakukan untuk mendapat melatonin yang stabil dalam tubuh adalah:
1. tidur secukupnya antara 6-8 jam sehari.
2. tidur sebelum jam 12 tengah malam, yang terbaik sebelum 11 PM.
3. beriadah pada siang hari bagi mendapat sinaran matahari
4. Kurangkan pengambilan makanan berproses dan mengandungi karbohidrat ringkas termasuk gula putih.
Melatonin yang stabil dalam tubuh akan menyebabkan metabolisme berlaku dengan baik dan ini mengurangkan risiko obesiti dan penyakit kronik yang lain.
Penurunan berat badan juga akan lebih mudah.
Harap info ini dapat menbantu anda.