Aafiyat Open Mic : Apa Itu Sleep Hygiene ?
Kita sering dengar istilah ‘detox usus’ tetapi pernah dengar tentang ‘sleep hygiene’?
Jom belajar ilmu baru 🤗
‘Sleep Hygiene’ bukanlah berkisar tentang amalan membersihkan diri sebelum masuk tidur, tetapi merujuk kepada amalan tidur yang berkualiti tanpa gangguan.
Kualiti tidur merangkumi pelbagai amalan dan tabiat yang diperlukan untuk mencapai kualiti tidur malam yang baik dan tampil segar pada hari esok.
Ini termasuklah:
✅ Tidur Dalam Bilik Yang Gelap
✅ Padamkan semua gajet atau letakkan minima jarak sekurang-kurangnya 2 meter dari tempat tidur
✅ Padamkan wifi dan radio
✅ Suhu bilik yang sejuk
✅ Elakkan kafeine sebelum tidur
✅ Makan 2 sudu Minyak Zaitun Asli (Yang diiktiraf KKM 😁)
Jangan terkejut kalau anda dinasihati oleh doktor supaya amalkan ‘sleep hygiene’ jika sukar menurunkan berat badan kerana rehat mencukupi dan tidur yang berkualiti sangat membantu proses tersebut.
Tidurlah dulu. Mana tahu esok kurus. Hehe
Selamat beramal ya ! 🤗