Bingkisan Jumaat: Cara Tidur Rasulullah saw
Firman Allah swt dalam surah Ar Rum(23):
وَمِنْ ءَايَاتِهِ مَنَامُكُم بِالَّليْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَآؤُكُم مِّن فَضْلِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لأَيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَسْمَعُونَ
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya adalah tidurmu diwaktu malam dan siang hari serta usahamu mencari sebagian dari kurniaNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan”.
Salah satu aktiviti wajib yang mesti dilakukan oleh manusia untuk mengekalkan kesihatan badan adalah tidur. Semasa tidur, tubuh akan membaiki sel-sel badan dan kerosakan yang berlaku di dalamnya. Dalam Islam, Rasulullah saw sentiasa memberi contoh kepada umatnya tentang cara melakukan perkara yang betul termasuklah cara untuk tidur. Pelajari cara tidur mengikut cara Rasulullah saw:
✅Tidur dengan keadaan gelap (Muttafaq Alaih)
✅Berwudhu sebelum tidur (HR. Al-Bukhari & Muslim)
✅Berdoa sebelum dan setelah bangun tidur (HR. Muslim)
✅Mengiring ke Kanan dan Meletakkan tangan di pipi (HR. Abu Dawud)
✅Tidur di awal malam (Mutafaq ’Alaih)
✅Tidak tidur telentang/meniarap (HR. Abu Dawud )
✅Mengusap wajah saat bangun tidur (HR. Muslim)
✅Bersiwak(bersugi) dan membersihkan diri (HR. Bukhari Muslim)
Tidur bukan sahaja memberi kesan positif kepada kesihatan fizikal, malah juga kepada kesihatan mental. Cara Rasulullah saw tidur telah terbukti secara saintifik adalah cara tidur yang betul untuk kebaikan kesihatan keseluruhan. Ayuh sebarkan untuk manfaat semua.🥰