Kopi Kayu Manis
KOPI KAYU MANIS
Serbuk Kayu Manis atau nama saintifiknya Cinnamomum mengandungi protein, kalsium, serat, zat besi, fosfor, serta sebatian bersifat antioksidan, anti-bakteria, dan antiradang.
Oleh itu cinnamon sering digunakan sebagai bahan perubatan Melayu Lama selama ribuan tahun.
Apa manfaat kayu manis yang ditaburkan pada secawan kopi?
Taburan kayu manis dapat menambah sebatian antioksidan yang sejatinya sudah terkandung dalam secawan kopi untuk memerangi radikal bebas.
Menurut jurnal yang diterbitkan National Library of Medicine, kayu manis yang dicampur ke dalam kopi dapat meningkatkan kesihatan jantung, terutama mencegah penyakit jantung kardiovaskular.
Ini kerana ia mengandungi
komponen aktif cinnamaldehyde dan asid cinnamic yang bersifat antioksidan.
Para saintis mencadangkan dos kayu manis sebanyak 120 mg per hari memiliki kesan menurunkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik.
Kita sedia maklum kopi juga boleh menurunkan risiko penyakit alzheimer dan parkinson. Menambahkan serbuk kayu manis dapat menambah kesan baik ini.
Semoga bermanfaat.