Warga Emas Tunai Haji Setelah Lima Kali Dapat Tawaran

Warga Emas Tunai Haji Setelah Lima Kali Dapat Tawaran
Seorang warga emas bernama Azizah Awang Dollah berumur 73 tahun yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan telah mendapat panggilan dari Tabung Haji sebanyak empat kali sebelum ini tetapi terpaksa menolak atas benda yang tak dapat dielak.
Alhamdulillah, dapat rezeki pada tahun ini sekali lagi untuk kali kelima. Meskipun sudah lanjut usia, warga emas ini masih berasa mampu untuk menunaikan Haji dan dalam masa yang sama, dia juga tidak mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi mahupun jantung.
Dia juga turut berkongsikan rahsia kekal sihat meskipun sudah dimamah usia. Warga emas tersebut yang pernah ada masalah gastrik, dia sentiasa menjaga pemakanan termasuk mengelakkan makanan berlemak, pedas dan berminyak.
"Mak cik lebih suka lauk sayur air dan masak menggunakan MINYAK ZAITUN. Selain itu, mak cik juga amalkan makan HABBATUS SAUDA, itu tidak boleh ditinggalkan sejak muda, "katanyan yang turut mengelakkan makan budu dan mengurangkan pengambilan gula.
Daripada kisah warga emas ini, kita dapat pelajari bahawa nak sihat kita kena amalkan pemakanan yang sihat. Ia mesti dimulakan sejak kita sihat lagi bukannya dah sakit baru nak amalkan gaya hidup yang sihat. Jom Bersama Olive House untuk turut merealisasi gaya hidup Aafiyat dari sekarang.
Sumber Bernama & Metro.