CW 16.04.2021 : Jumuah Mubarak, Sollu Alan Nabi !
✨ Bingkisan Jumaat : Jumuah Mubarak, Sollu Alan Nabi !
Alhamdulillah sedar ataupun tidak, hari ini dah hari ke 4 kita semua berpuasa. Terasa seakan cepat benar masa berlalu. Hari ni pula Jumaat pertama dalam bulan Ramadhan, penghulu segala hari dan penghulu segala bulan.
Ayuh, ambil peluang dan ruang untuk melipatgandakan amal kebajikan di hari yang mulia ini seperti perbanyakkan selawat. Gandaan pahala sangat banyak apabila kita melakukan amal kebajikan pada bulan yang mulia ini.
فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)]
Jaga kesihatan masing-masing dan teruskan istiqamah beramal dengan super food dari Olive House.
#OliveHouse
#KasihRamadhan
#AafiyatLifestyle