Makanan Yang Bagus Untuk Melegakan Masalah Gastritis
MAKANAN YANG BAGUS UNTUK MELEGAKAN MASALAH GASTRITIS
1. Gastritis merupakan masalah biasa yang dialami oleh ramai orang.
2. Ia adalah keradangan pada permukaan dalam perut yang menyebabkan kita sensitif pada asid yang dikeluarkan ketika kita makan.
3. Terdapat beberapa makanan yang membantu mengurangkan dan menyembuhkan gastritis.
4. Pisang merupakan buah yang kaya dengan vitamin B6 dan serat yang tinggi membantu melindungi lapisan perut.
5. Halia telah lama digunakan dalam perubatan lama Melayu untuk merawat pelbagai masalah berkaitan perut. Ia mengandungi gingerol, yang bersifat antiradang dan antioksidan yang kuat. Halia boleh diminum dengan mencampurkan dengan sedikit madu atau dibuat teh halia.
6. Yogurt adalah sumber probiotik yang membantu kesihatan perut dan usus. Ia meningkatkan keseimbangan bakteria di dalam perut, dan seterusnya dapat mengurangkan keradangan dalam usus dan perut.
7. Madu kaya dengan bahan-bahan antiradang dan antibakteria. Ia membantu membunuh H. pylori, sejenis bakteria yang menjadi penyebab berlakunya gastritis. Ia juga probiotik yang menjadi makanan kepada bakteria baik dalam perut
8. Teh chamomile telah lama digunakan sebagai cara semula jadi untuk merawat masalah pencernaan termasuklah gastritis. Ia mengandungi bahan-bahan antiradang dan antispasmodik yang melegakan sakit perut kerana gastritis.
9. Minyak zaitun dan minyak kelapa dara, dapat menjadi pelindung pada lapisan permukaan dalam perut. Ia menjadi makanan kepada bakteria baik dalam perut dan usus. Ambillah satu atau dua sudu minyak zaitun atau minyak kelapa setiap hari.
10. Kurma juga baik untuk mencegah gastritis kerana ia mengandungi fiber dan vitamin dan mineral yang melindungi perut dan usus dari keradangan.
11. Ambillah makanan-makanan ini bagi membantu penyembuhan gastritis.
Semoga bermanfaat.