FAQ Cooking Virgin Olive Oil (CVOO)
1) Kenapa terdapat mendakan di dalam produk?
Cooking Virgin Olive Oil (CVOO) merupakan minyak yang tidak ditapis dan lapisan mendakan
akan terbentuk di dasar botol produk.
2) Bagaimana cara untuk menyimpan produk ini?
Produk CVOO perlu disimpan pada suhu bilik dan jauh daripada cahaya.
3) Mengapakah jangka hayat produk CVOO 9-bulan sahaja?
Jangka hayat produk kebiasaannya adalah 2 tahun. Namun, proses pengeluaran dan
pemasaran mengambil masa yang menyebabkan jangka hayat menjadi pendek di pasaran.
Kualiti produk akan dipantau untuk memastikan ianya dalam keadaan yang terbaik untuk
digunakan.
4) Adakah produk CVOO tidak boleh dimakan dan perlu dibuang setelah melepasi penandaan
tarikh?
a. Produk CVOO masih boleh digunakan untuk masakan dan tidak perlu dibuang jika
disimpan mengikut cadangan penyimpanan pada label.
b. Produk selamat untuk digunakan jika tiada perubahan pada warna, tekstur, bau, dan
rasa.
5) Apakah faktor yang membuat produk CVOO cepat rosak?
a. Tempat penyediaan atau simpanan makanan yang tidak bersih.
b. Produk tidak ditutup dengan baik setelah dibuka.
c. Produk disimpan tidak mengikut arahan penyimpanan pada label.
d. Kehadiran serangga/haiwan perosak dan mikroorganima merbahaya seperti kulat
dan bakteria.
6) Bagaimana untuk tahu jika produk CVOO telah rosak?
a. Kebanyakkan produk makanan tercemar atau rosak disebabkan oleh kehadiran
mikrorganisma merbahaya seperti kulat dan bakteria.
b. Kehadiran mikroorganisma merbahaya ini tidak dapat dilihat melalui mata kasar.
c. Keadaan makanan boleh dinilai melalui perubahan warna, tekstur, bau atau rasa.