Vitiligo
Vitiligo
Vitiligo adalah keadaan autoimun kronik di mana sel-sel yang menghasilkan pigmen kulit diserang dan dimusnahkan, mengakibatkan tompok putih yang tidak teratur pada kulit. Ada yang setempat (localised), Ada yang melarat (progressive) Serta ada pelbagai variasi mengikut corak kehilangan warna kulit. Penyakit vitiligo boleh merebak ke Bahagian Tubuh Badan lain sekiranya alami stress atau tompok-tompok sopak digaru atau digesel.
Rawatan vitiligo setakat ini hanya untuk mengawal simptom, bukan menyembuhkan. Bergantung kepada tahap penyakit, rawatan-rawatan yang boleh didapati adalah seperti krim corticosteroid, krim tacrolimus, rawatan cahaya (phototherapy) dan rawatan sistemik lain.
Pesakit vitiligo kebarangkalian untuk mendapat penyakit thyroid dan beberapa penyakit autoimmune yang lain.
>>Pemakanan terbaik yang boleh diambil termasuklah:
1. Menu makanan yang meningkatkan sistem imuniti (mengandungi fitokimia, beta carotene dan antioksidan)
- Banyakkan Pengambilan Air Putih.
- Pengambilan Olivie PowerUp / Olivie Plus 30x (Tinggi Kebaikan Semulajadi - Antioksida, Vitamin D & E) setiap pagi sebelum Memulakan hari Anda dan sebelum Tidur.
- Pengambilan Minyak Habbatussauda juga boleh diambil bersama2 Minyak Zaitun dan dibuat sapuan nipis pada Bahagian Kulit yang berkaitan.
2. Kepelbagaian Vitamin dan Mineral dalam makanan kategori buah-buahan dan sayur-sayuran juga perlu diambil Setiap hari.
- Buat Air Bancuhan Madu & Delima Setiap hari yang sarat Nutrien penting utk manfaat Pesakit Vitiligo.
3. Elakkan Makanan yang Menerukkan Keradangan.
- Belajar urus emosi dengan Baik.
- Banyakkan mengadu PadaNya, Mohon kesembuhan dariNya.