Aafiyat Sharing: Kerja Lebih Masa Punca Kesihatan Jantung Terjejas
“Kenapa Man? Lesu semacam je aku tengok ni.”
“Ntahlah Lan, kebelakangan ni aku rasa bahagian bahu sampai ke tengkuk aku rasa tegang je. Kerap juga aku kena sakit kepala. Berpapan juga aku telah ubat tahan sakit. Kadang-kadang jantung aku ni tiba-tiba je berdegup laju padahal aku duduk buat kerja mengadap komputer je.”
“Eh kau ni Man, bahaya tu. Kau tak pergi jumpa doktor ke buat pemeriksaan?”
“Nak pergi macam mana Lan? Kau tahulah kerja aku macam mana. Hari-hari balik lewat. Klinik pun dah tutup. Hujung minggu pun selalu kena masuk pejabat juga.”
“Eh, mana boleh macam tu Man. Kerja tu ye la kerja. Kesihatan kena jaga juga Man. Kalau lihat pada simptom yang kau bagi tau tu, aku rasa jantung kau ada masalah ni dan tekanan darah kau pun tinggi disebab stres dengan waktu kerja yang panjang. Baik kau ambil cuti dan buat pemeriksaan di klinik atau hospital!”
Dalam satu kajian pada tahun 2015 yang diterbitkan dalam The Lancet yang melibatkan seramai 600 ribu pekerja mendapati mereka yang bekerja lebih dari 55 jam seminggu mempunyai 13% lebih tinggi risiko diserang sakit jantung dan 33% risiko mendapat strok berbanding mereka yang hanya bekerja 35-40 jam seminggu.
WHO mentakrifkan situasi ini sebagai penyakit disebabkan tekanan kerja hingga menyebabkan mereka yang terlibat berhadapan situasi tidak seimbang hingga gagal membuat keputusan secara rasional. Gejala lain termasuk berhadapan situasi penat melampau, kurang motivasi dan kecewa dengan pekerjaan.
Bangun dari tempat duduk untuk pergerakan fizikal (berjalan) 1-3 minit bagi setiap 30 minit antara yang dicadangkan untuk memastikan kesihatan jantung terjaga. Membuat rutin aktiviti senaman minimum 30 minit untuk 3 kali seminggu dan juga menjaga pemakanan dengan yang sihat dengan diet lemak sihat minyak zaitun dan habbatus sauda mampu membantu dan mengelak mendapat serangan jantung.
Sama-sama kita amalkan gaya hidup aafiyat.🤗
Sumber: Long working hours and risk of coronary heart disease and stroke: a systematic review and meta-analysis of published and unpublished data for 603 838 individuals-The Lancet