[VIDEO & PDF] Teknik 'Closing' Atas Talian
Teknik Closing Atas Talian
Teknik Closing merupakan salah satu topik yang paling diminati oleh semua salesperson.🤩
Kenapa⁉🤔
Inilah cebisan ilmu yang menjadi titik tolak untuk salesperson dapatkan perjanjian jualan (deal), menjana pendapatan (earn commission) dan meneruskan perjuangan mereka dalam perniagaan.
Kalau diibaratkan seperti sebuah filem, closing umpama klimaks sesebuah penceritaan, yang mana hero dapat selesaikan konflik dan mencapai pengakhiran yang membahagiakan.
Jadi tak peliklah kalau kebanyakan salesperson lebih tertumpu kepada cara close sales berbanding dengan proses-proses jualan yang lain. Hal ini kerana semua orang nak pastikan yang mereka “dapat keluar dari sebalik tirai” dengan penuh gaya.
Ayuh dengarkan kupasan mendalam daripada Puan Umi Dahlia mengenai 4 daripada 8 kaedah closing iaitu Assumption Close, Continuous Yes Close, Compliment Close dan Choice Close melalui topik "Teknik Closing Atas Talian".
Dapatkan juga nota PDF di ruangan files.
Klik link pautan dibawah 👇🏽 untuk video perkongsian pada 21 November 2023