[VIDEO & TAFSIR] Ciri-ciri Zaitun Terbaik Menurut Tafsir Al-Quran & Sains
Apakah Ciri-Ciri Zaitun Terbaik?
Sekiranya dirujuk kepada tafsir Al-Quran bagi ayat 35 Surah Annur, terdapat ciri-ciri yang dinyatakan dengan begitu jelas dalam tafsir sejak ribuan tahun lalu.
اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ ۖ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ ۖ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لَا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ ۚ نُورٌ عَلَىٰ نُورٍ ۗ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ ۗ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkati, iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya saja hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah member petunjuk dengan cahaya-Nya bagi orang yang dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. [24:35]
***************************************************************************
[1] Pendapat 1: Ikrimah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas tentang tafsir ayat " لا شرقية ولا غربية ", "Tidak di timur dan tidak pula dibarat". Kata Ibnu Abbas:
Pohonnya terletak di Sahara (Gurun Sahara), ia tidak dibayangi oleh pokok lain, tidak juga oleh bukit bukau malahan gua, ia tidak ditutupi oleh sesuatu apa pun (daripada cahaya matahari).
Pohon zaitun seumpama ini adalah yang terbaik minyaknya
[2] Pendapat 2: Berkata Imam Ibnu Kathir Rahimahullah: Yang dimaksudkan dengan "Tidak di timur dan tidak dibarat" pada ayat adalah:
Yakni pokok zaitun itu, lokasinya bukan terletak di timur, yang menjadikan ia tidak terkena cahaya matahari di permulaan hari atau pagi hari.
Juga bukan terletak di barat, yang menjadikannya diliputi bayang ketika waktu senja (sebelum tenggelam matahari).
Bahkan ia terletak di tempat pertengahan, dinaungi cahaya dan panas matahari daripada awal pagi hingga senja, lantas menghasilkan minyak yang jernih, lembut dan bercahaya! (TERBAIK)
Rujukan:
Ibn Kathir, Ismail ibn Umar, Tafsir al-Qur'an al-'Azim (Beirut: Dar al-Kitab al-'Arabi, 8nd edn., 2008M/1429), 4:550
Terjemahan oleh: Ustaz Haji Muhamad Azfar bin Suhaimi
*************************************************************************************
Dunia moden hari ini pula mendapati hasil dari ujian makmal Minyak Zaitun Olivie30x dari ladang dia El Borouj, Morocco ini mengandungi 30x ganda lebih antioksida (Hydroxytyrosol + Tyrosol) berbanding mana-mana Minyak Zaitun lain di dunia secara semulajadi.
Ciri-ciri ladang Olivie30x ini pula menepati spesifikasi yang dinyatakan oleh Ibn Abbas seperti ditafsirkan oleh Ibn Kathir Rahimahullah iaitu pohon Zaitun tersebut mestilah;
1️⃣ Tidak terkena bayang sewaktu pagi mahupun petang - mendapat sinaran berterusan saat terbit matahari sehingga terbenam matahari
2️⃣ Tidak terhalang dari matahari oleh bayang bukit
3️⃣ Tidak terhalang dari matahari oleh bayang gua
4️⃣ Tunggal - tiada pokok lain sekitarnya
Itulah dia Minyak Zaitun paling terbaik! MasyaAllah alhamdulillah.
Jom tonton video ladang disini:
[VIDEO] Mengapa OLIVIE Mencatatkan Bacaan Polifenol Tertinggi Dunia?