Ini pun boleh menyebabkan masalah jantung!!

Pernah dengar orang sakit jantung tapi tiada gejala atau penyakit kronik?
Anda pun tahu, kalau kurang bersenam dan diet yang tidak baik boleh menyebabkan sakit jantung. Rupanya banyak lagi perkara yang kita tidak tahu yang boleh menyebabkan sakit jantung.
Kualiti tidur yang teruk
- Jika anda kerap tidur kurang dari 6 jam, anda mempunyai risiko penyakit darah tinggi dan kolesterol. Ianya juga meningkatkan risiko anda untuk mendapat diabetes dan obes. Keadaan ini semuanya boleh memberikan kesan kepada jantung! Namun, ini tidak bermakna anda perlu tidur secara berlebihan. Kajian juga menunjukkan jika anda tidur melebihi 9 jam secara terlentang, ianya akan meningkatkan risiko untuk anda mendapat diabetes dan strok. Jadi untuk menjaga jantung, badan dan otak, anda tidur selama 7-9 jam ye.
Kesunyian (geng single jaga-jaga)
- Jika anda menghabiskan masa dengan orang tersayang, ianya akan mengurangkan stress. Kesunyian menyebabkan anda lebih tinggi untuk dapat sakit jantung. Jika anda dekat dengan keluarga atau kawan rapat, cubalah berhubung dengan mereka. atau pelihara kucing.
Lama sangat dengan gajet
- Individu yang asyik bersama gajet atau kurang bergerak ianya sangat berisiko untuk mendapat sakit jantung. Setiap jam anda melihat gajet, meningkatkan risiko setinggi 20%. Jadi bawa-bawalah berdiri setiap jam, berhenti seketika dari gajet, regangkan otot selama 5-10 minit.
Trafik jam
- Bila dah masuk musim hujan ini, mula lah jalan raya jammed balik. Setiap pagi sangat stress! Kajian menunjukkan jika kita berada dalam trafik selama sejam, ianya meningkatkan risiko untuk dapat sakit jantung. Bunyi bising di atas jalan juga dikaitkan dengan sakit jantung. Kalau boleh, ambillah flexi hour, jangan bergegas pada waktu puncak dan dengar musik radio yang menenangkan. Kalau ada kawan di sebelah, ajaklah berbual.
Perkahwinan yang tak bahagia
- Pasangan yang sepadan dan hidup bahagia adalah sangat baik untuk jantung. Kajian menunjukkan kalau anda tak bahagia, anda terdedah dengan stress. Bila stress, anda tidak jaga diet, anda tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Hormon stress yang berlebihan pun boleh menyebabkan masalah jantung. Jadi kalau ada masalah pasangan, bawa-bawalah berbincang dengan kaunselor atau terapis.
p/s : lemak sihat seperti minyak zaitun sangat baik untuk jantung