[Komik] Oleuropein: Wira di Sebalik Senyuman – Siri 3
Siri Olivie Power Up bersambung untuk anda yang nak tahu rahsia di sebalik ketenangan minda.
Kalau sebelum ni kita cerita pasal sel "lari kawalan," kali ni kita masuk topik yang kemungkinan
ada pada kita cuma berlaku tanpa sedar "Depression" (Kemurungan).
Pernah tak rasa dunia gelap, hilang minat, atau otak rasa "kosong" walaupun fizikal nampak okey?.
Sebenarnya, ia bukan sekadar mainan perasaan, tapi ada kaitan dengan ketidakseimbangan kimia
dalam otak kita.
Apa jadi bila otak "Down"?
Dalam badan kita, ada hormon stres yang dipanggil Corticosterone. Bila stres melampau:
-
Hormon Gembira Menurun: Paras serotonin (hormon mood) dan dopamin (hormon reward) merosot tajam.
-
Serangan Radikal Bebas: Stres oksidatif meningkat, merosakkan sel-sel saraf kita.
-
Anhedonia: Kita hilang rasa "nikmat" atau gembira dengan perkara yang kita suka.
Masuklah Wira Kita: Oleuropein!
Oleuropein adalah komponen bioaktif paling utama dalam zaitun. Dalam kajian saintifik terbaru,
ia terbukti bertindak sebagai "pelindung minda" melalui:
✔ Antioksidan Kuat
Lawan radikal bebas & lindungi otak
✔ Stabilkan Mood
Seimbangkan serotonin & dopamin
✔ Sokong Emosi
Kesan bantu atasi depresi
✔ Sampai Terus Ke Otak
Boleh tembusi “brain barrier” untuk bertindak terus
Sebab tu penting untuk kita konsisten amalkan nutrisi zaitun!
Bukan sekadar untuk jantung atau kulit, tapi untuk menjaga "pemandu" utama hidup kita iaitu Minda.
Haaaa dah faham? Jangan biarkan stres menang, lawan dengan khasiat zaitun!
Ini baru Siri 3 Olivie Power Up tau! Ada lagi keajaiban zaitun yang kita belum bongkar. Nantikan!
