Q&A Pesakit Anemia
Salam. Nak tanya, kalau untuk masalah anemia pada bayi yang lahir normal, sekarang usia bayi 8 bulan.
Baru tempoh 1 bulan detect anemia, sedang on Ubat Maltofer & Asid Folik.
Boleh bagi saranan, sesuai ambik apa ya?
Jawapan :
Anemia adalah suatu keadaan di mana jumlah sel darah merah atau kandungan hemoglobin dalam darah adalah lebih rendah daripada normal.
Sel darah merah dan hemoglobin adalah komponen penting dalam membawa oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh.
Jika kurang oksigen, kita mungkin akan alami pelbagai simptom seperti letih-letih, cepat penat, kesukaran bernafas, pucat dan lain-lain.
Jika anemia berterusan teruk dlm tempoh yang lama, akan beri kesan terutamnya kepada jantung;
Boleh menyebabkan kegagalan jantung ataupun heart failure.
Termasuk dalam situasi bayi.
Anemia pada bayi boleh berlaku atas beberapa sebab, termasuk jangkitan kuman, keradangan, kekurangan Vitamin & Mineral, jika bayi pramatang, sel darah merah rosak terlalu cepat, badan tidak menghasilkan sel darah merah yang mencukupi atau bayi kehilangan terlalu banyak darah.
Pemakanan yang sihat insyaAllah dapat bantu berhadapan situasi ini termasuk pengamalan Quranic Food.
☑️ Ibu yang breastfeeding kurangkan makanan berproses, minuman Caffeine dan berkarbonat.
☑️ Makanan harian cukup tujuh (7) Kelas Makanan (Karbohidrat, Protein, Lemak, Vitamin, Mineral, Air, Serat). Boleh banyakkan sayur-sayuran (bayam, sawi, broccoli, tomato, carrot, sweet potato).
Bayi pun boleh di pelbagaikan menu dengan blend dalam nasi / bubur.
☑️ Saranan Quranic Food :
1. Olivie PowerUp
* ibu yang menyusu ambil 1-2 Sudu Teh dalam sehari / bayi ambil 1-2 biji Olivie PowerUp dalam sehari, kemudiannya boleh ditingkatkan perlahan-lahan seiring dengan usia meningkat.
* Peranan Antioksida dan Anti Keradangan untuk bantu situasi anemia jika punca disebabkan jangkitan kuman, keradangan kronik, sel darah merah rosak terlalu cepat dan lain-lain.
* Lemak Sihat akan bantu kepada kestabilan kesihatan tubuh badan dan atasi simptom-simptom yang dialami.
* Vitamin D juga bermanfaat untuk situasi Anemia.
2. Jus Delima Pekat & Cuka Tin
* buat Air Bancuhan Cuka Tin, Jus Delima Pekat Dan Air Masak / Mineral, Minum 2x Sehari (ibu).
* ada Peranan Mineral Zat Besi dan Vitamin B9 untuk bantu situasi anemia.
3. Kurma
* Ibu boleh ambil 3-5 biji Kurma salam Sehari, baby ambil 1 biji yang dilenyekkan, sebaiknya kurma ajwah.
* ada Sumber Zat Besi
* Vitamin B9
* Vitamin C