PANDU Series Q&A
1.Pengambilan Warfarin dan Vitamin K:
Pesakit yang mengambil warfarin tidak perlu sepenuhnya mengelakkan sayuran hijau walaupun ia mengandungi Vitamin K. Ini kerana vitamin K yang ada dalam sayuran mempunyai dos vitamin yang rendah. Kita selalunya mengambil jumlah kecil sayur-sayuran. Itu pun telah dimasak sehingga layu dan menjejaskan tahap vitamin K dalam lauk sayur yang kita makan. Kecuali jika pesakit merupakan seorang vegetarian yang mengamalkan sayur hijau yang banyak. Sebaliknya, kita perlu mengekalkan pengambilan sayur-sayuran yang konsisten setiap hari kerana ia juga mengandungi vitamin, mineral dan phytonutrien yang hanya didapati dari sayur-sayuran. Cuma elakkan pengambilan suplemen vitamin K yang mengandungi dos yang lebih tinggi. Dos vitamin K yang tinggi akan boleh mengganggu keberkesanan warfarin. Sayuran hijau seperti bayam, brokoli, dan kangkung boleh diambil dalam jumlah yang sederhana dan konsisten.
Bagi mereka yang mengalami masalah jantung dan stroke, boleh ambil satu sudu OPU pagi dan malam. Jika ada masalah budget, ambil OPU waktu pagi dan OLIVIE waktu malam (atau sebaliknya). Jika masih tak mampu, ambil satu sudu OLIVIE pagi dan ulang sebelum tidur.
2.Kandungan Vitamin D dalam Olivie 30x:
Olivie 30x mengandungi Vitamin D, tetapi jumlahnya mungkin tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan harian tubuh jika hanya mengambil 2 sudu makan sehari tanpa sumber makanan lain. Keperluan harian Vitamin D biasanya sekitar 600-800 IU untuk kebanyakan orang dewasa. Adalah baik untuk mendapatkan Vitamin D tambahan melalui pendedahan cahaya matahari atau suplemen lain jika perlu. Jika pesakit mengalami masalah kesihatan, mungkin perlu ambil dos yang lebih tinggi. Jadi mereka boleh ambil dua sudu minyak zaitun (samada OLIVIE atau OPU) setiap hari.
3.Pendapat tentang Susu Protein (Protein Shake):
Susu protein atau protein shake boleh menjadi tambahan yang baik untuk diet, terutamanya bagi mereka yang memerlukan lebih banyak protein seperti atlet atau individu yang menjalani latihan intensif. Warga emas yang kurang berselera makan dan mengalami pengecutan otot (muscular atrophy) juga digalakkan mengambil protein shake.
Namun, penting untuk memilih produk yang berkualiti dan tidak mengandungi gula tambahan atau bahan pengawet yang berlebihan. Sentiasa baca label dan pilih produk yang sesuai dengan keperluan pemakanan anda.
Protein shake boleh didapati dari sumber susu haiwan dan susu tumbuhan (terutamanya soya).
4.Sayur dan Buah dalam Smoothies dan Bacaan Gula:
Menggabungkan sayur dan buah dalam smoothies boleh meningkatkan kandungan gula, terutamanya jika buah yang digunakan mempunyai kandungan gula yang tinggi (buah yang manis) seperti pisang atau mangga. Walaupun sayuran biasanya rendah gula, buah-buahan manis yang ditambah boleh menyumbang kepada peningkatan bacaan gula darah.
Untuk memperlahankan penyerapan gula ini, boleh tambahkan serat (oat atau berli yang telah dimasak) dan minyak zaitun atau minyak kelapa dalam smoothies tersebut.
Adalah baik untuk mengimbangi jumlah buah dan sayur dalam smoothies dan memilih buah yang rendah gula seperti beri, avokado dan jambu batu.