Storytelling 16.06.2021 : Bijian Hitam Habbatus Sauda
✨ Aafiyat Open Mic : Bijian Hitam Habbatus Sauda
Habbatus sauda atau Jintan Hitam merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang renek dengan ketinggian 20-30 cm. Struktur daunnya yang halus dan lurus dengan memiliki bunga berwarna putih dan biru pucat. Buahnya pula bersaiz besar dalam bentuk kapsul yang mengandungi tiga hingga tujuh folikel berpadu. Setiap satunya mengandungi beberapa butiran hitam yang sering dijadikan sebagai rempah-ratus dan bahan perubatan sejak berabad lamanya.
Ramai yang masih tidak tahu, fakta perubatan menunjukkan habbatus sauda mengandungi unsur kimia semulajadi yang sangat hebat. Bermula dengan kulitnya yang mengandungi sulfat, fosfat, zat besi, salinum, dan karotina.
Isinya pula kaya dengan minyak hormon, enzim, serta bahan-bahan protein dan karbohidrat. Pada bahagian yang memisahkan antara isi dan kulitnya pula mengandungi sulfate, tembaga, antibiotik, dan tokoferol.
Biji habbatus sauda mengandungi lebih daripada 100 zat penting. Habbatus sauda terdiri daripada 38% karbohidrat, 21% protein, dan 35% lemak dan minyak. Lebih daripada 50% minyaknya pula ialah asid lemak penting yang membantu dalam membentuk pertahanan dalam tubuh untuk menghalang jangkitan kuman dan virus, menyeimbangkan sistem imunisasi tubuh, membantu menstabilkan membrane sel dan seterusnya bertindak balas dengan alahan.
Antara ciri-ciri utama manfaat habbatus sauda terhadap kesihatan manusia ialah:
1. Meningkatkan sistem imunisasi tubuh
2. Kaya dengan asid lemak tidak tepu
3. Menggalakkan pengeluaran susu (kombinasi lemak dan hormone di dalam habbatus sauda)
4. Antikeradangan
5. Antibakteria (sangat sesuai membantu masalah berkaitan keracunan dan masalah perut yang lain)
6. Antitumor (berdasarkan kajian, bahan aktif di dalam habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel tumor)
7. Antihistamina – habbatus sauda mengandungi nigellone dan thymochinon yang bertindak menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetuskan penghasilan histamina yang boleh menyebabkan kesan-kesan alahan.
Habbatus sauda merupakan rempah yang sangat popular disebabkan kelebihan nilai kesihatan yang terdapat di dalamnya. Ianya dimakan atau ditabur di dalam masakan dan roti serta diproses untuk mendapatkan minyaknya yang sangat berkhasiat dan bermanfaat untuk kesihatan.
Walaupun saiz bijian habbatus sauda ini kecil sebesar biji sawi tetapi manfaatnya sangat besar. Justeru Allah tidak menjadikan sesuatu itu melainkan ada tujuan dan hikmahnya. Subhanallah.
Untuk maklumat lanjut bagi mendapatkan minyak habbatus sauda perahan sejuk yang berkualiti tinggi, hubungi :
[ 013-5000157 ]