FAQ Sabun Skinfood
FAQ Sabun Skinfood
1.Mengapakah sampai satu ketika sabun ini kurang mengeluarkan buih?
Sabun ini tidak mengandungi bahan kimia yang menghasilkan buih dalam jangkamasa yang lama, dengan itu sampai satu masa penghasilan buihnya akan berkurangan dan berkemungkinan ianya terkontaminasi dengan minyak atau bahan lain seperti sabun ini tersentuh oleh tangan yang kotor atau terkena bahan-bahan yang dapat mengurangi kemampuan sabun untuk menghasilkan buih, hal ini dapat mengurangi penghasilan buih pada sabun tersebut.
2.Mengapakah kadangkala tekstur sabun ini seperti jelly?
Tekstur sabun menjadi seperti jelly kerana sabun ini adalah sabun natural yang hanya melalui proses penyediaan secara sejuk menggunakan minyak zaitun atau minyak habatusauda. Potensi untuk texture nya berubah kepada jelly amat tinggi dan ianya tidak menunjukkan sabun itu rosak dan tidak boleh digunakan. Gunakan seperti biasa kerana manfaatnya masih sama. Ia tidak merubah manfaat sabun tersebut, disarankan disimpan diatas span atau bekas yang tertutup supaya sentiasa kering.
3.Mengapakah sabun ini mudah untuk melebur jika berendam dalam air?
Sabun ini mudah untuk melebur jika berendam dalam air kerana ketika sabun direndam dalam air, permukaannya mulai melarut dan membentuk larutan sabun. Air yang masuk ke dalam struktur sabun membantu memecah ikatan antara molekul-molekul sabun, menyebabkan sabun melarut dan melebur. Proses ini menghasilkan keadaan di mana sabun tidak lagi berbentuk padat dan mulai mencair atau melebur. Disarankan untuk menyimpan sabun di bekas yang tertutup.
4.Mengapakah sabun ini tiada bau?
Sabun ini tidak mempunyai bau kerana sabun ini diformulasikan tanpa tambahan pewangi dimana ia akan memberi kesan yang ringan kepada pengguna, tambahan lagi kepada pengguna yang mempunyai kulit sensitif.
5.Adakah sabun ini sesuai untuk kanak- kanak?
Sabun ini sesuai untuk digunakan pada kanak-kanak kerana sabun ini bebas dari sebarang bahan pewangi dan pewarna. Tetapi walaubagaimanapun, disarankan untuk melakukan tes kecil terlebih dahulu pada kawasan kulit yang tertentu untuk memastikan tidak ada reaksi alergi atau iritasi. Jika terdapat sebarang kesan alergi haruslah segera berkonsultasi dengan dokter dermatologi untuk mendapatkan rawatan khusus.
6.Mengapakah saya berasa gatal-gatal selepas menggunakan sabun ini?
Punca berasa gatal-gatal selepas menggunakan sabun ini adalah kerana berlakunya reaksi alergi. Beberapa orang mungkin memiliki reaksi alergi terhadap bahan-bahan tertentu yang ada dalam sabun, seperti bahan-bahan kimia. Reaksi ini dapat menyebabkan kulit terasa gatal-gatal, kemerahan, atau iritasi. Disarankan untuk melakukan “patch test” terlebih dahulu pada kawasan kulit yang tertentu sebelum menggunakan sabun ini.
7.Mengapakah sabun ini tidak dikeluarkan lebih besar seperti sabun-sabun di pasaran (100g)?
Sabun ini tidak dikeluarkan lebih besar seperti sabun-sabun di pasaran kerana sabun dengan ukuran yang lebih kecil memiliki konsentrasi bahan yang lebih tinggi atau kualiti yang lebih baik.
8.Apakah keunikan sabun ini yang membuatkan ianya lain dari sabun bar yang lain?
Keunikan sabun ini yang membuatkan ianya lain dari sabun bar yang lain adalah sabun ini diproses menggunakan proses penghasilan sejuk. Proses penghasilan sejuk merupakan sabun yang diproses pada suhu yang lebih rendah, dimana ia dapat membantu mempertahankan kualiti bahan-bahan dalam sabun tersebut.
9.Apakah yang dimaksudkan dengan proses peghasilan sejuk?
Proses penghasilan sejuk merupakan salah satu kaedah utama dalam pembuatan sabun yang melibatkan pencampuran bahan-bahan sabun pada suhu bilik atau sedikit di atas suhu bilik, tanpa memerlukan sumber haba luaran. Sebaliknya, tindak balas kimia antara alkali dan minyak menjana haba secara semula jadi.