Turunkan Kolesterol: Ada Jalan Mudah, Ada Jalan Susah
Ada orang memang mudah. Ambil minyak zaitun dapat turun kolesterol. Ada orang lebih sukar, kena gabungkan diet, pemakanan dan senaman. Ada yang sangat susah sebab ada faktor genetik.
Sebab itu bila menjual pada customer, kita tanya apa expectation dia. Contoh kalau dah tersumbat 3 saluran darah, saya tak berani janji boleh clear dengan minyak zaitun.
Takut tak sempat nak pulih, dia dapat heart attack. Jadi cadangkan buat rawatan dulu. Kita pula dituduh menipu. Kemudian tanya dalam keluarga ada ahli keluarga ada masalah sama? Ini memberikan gambaran betapa mudah atau sukar kolesterol diturunkan.
Kemudian bagi tip-tip lain yang membantu sebagai contoh banyakkan berpuasa, ambil makanan bernutrisi, banyakkan aktiviti fizikal, cukup tidur dan kawal stress. Jangan benarkan dia anggap minyak zaitun adalah ubat ajaib.
Ubat kolesterol yg doktor beri pun ambil masa nak turunkan kolesterol. Dan mungkin tak turun kolesterol jika dia tak jaga pemakanan dan tak exercise.
Jadi kesimpulannya, memang ada yang mudah dan ada yang sukar. Walaupun dia tak dapat turunkan kolesterol dengan minyak zaitun, dia pasti dapat manfaat-manfaat kesihatan lain, insyaallah