Info Aafiyat : Sarapan Pagi Bersama Madu Pergunungan Kyrgyzstan
Suasana ‘Lockdown’ di Malaysia fasa 3.0 ini telah memberi kesan agak besar setelah kali ketiganya dimestikan semua rakyat menempatkan diri dan keluarga di kediaman masing-masing. Trend kes positif di Malaysia juga menunjukkan peningkatan dan penurunan tidak tetap.
Rakyat semakin hari merasakan semakin bosan dengan terkurungnya mereka di rumah ‘berselimutkan’ norma baru tanpa dapat melakukan aktiviti normal seperti biasa.
Maka, kita wajar lakukan perubahan drastik dalam kehidupan seharian terutamanya kepada aspek pemakanan seisi keluarga. Dengan suasana emosi agak tak stabil di rumah masing-masing dek kerana perubahan suasana bekerja, pemantauan kepada anak-anak yang lalui PdPR dan pelbagai lagi perubahan saat ini tapi janganlah dijadikan alasan untuk ruangan di dapur kita dipenuhi dengan makanan-makanan ringan dan berproses, konon-konon stok untuk kunyahan di masa lapang sambil release kan rasa stress.
Apa kata anda mula wujudkan tabiat baru dalam rumah anda iaitu tidak akan mula bersarapan tanpa minum sesudu teh Madu Asli di pagi hari. Madu asli telah dikaji akan peranan pada kesan ‘anxiolytic’ (mengurangkan rasa terlalu cemas dan risau) dan bantu kepada situasi berkaitan tekanan yang melampau juga bantu kepada situasi tekanan oksidatif di otak.
Beberapa kajian kepada pengambilan madu dalam menu makanan harian menunjukkan bahawa kandungan kebaikan semulajadi (polifenol) di dalam madu mempunyai kesan perlindungan kepada fungsi otak dan nootropik (meningkatkan fungsi otak kepada pembacaan, daya ingatan, kreativiti dan juga motivasi).
Oleh itu, bijaklah dalam memilih jenis madu dan utamakan pengambilan Madu Asli yang mendapat pengiktirafan tulen oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dapatkan segera dari ejen-ejen rasmi Olive House seluruh Malaysia 🤗