Aafiyat Cakna: Risiko & Akibat Stres Terhadap Tubuh Badan
Stres berlaku akibat tindak balas emosi, fizikal dan mental akibat perubahan dalam sesuatu keadaan yang berlaku dalam kehidupan manusia. Simptom stres merangkumi beban, tekanan, kebimbangan, keletihan, konflik, panik, kemurungan dan rasa tidak bermaya melakukan aktiviti.
Stres memberi kesan yang serius terharap tubuh badan namun masih ramai yang mengambil ringan tentang stres. Ayuh lihat risiko & akibat stres:
‼️Berlaku tindak balas hormon endokrin dan neuroendokrin yang mempengaruhi keseimbangan tenaga dan pengambilan makanan
‼️Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri
‼️Simptom Anhedonia (tidak berasa seronok) dan kemurungan
‼️Kandungan lemak dalam badan juga bertambah
‼️Boleh mengundang penyakit darah tinggi dan diabetes
‼️Mengalami masalah emosi makan di mana kita akan makan di saat tidak lapar atau makan makanan yang tidak berkhasiat
Stres boleh dikawal dengan pemakanan yang betul. Pengambilan diet yang seimbang penting untuk menjamin tubuh badan mendapat zat yang diperlukan. Sekiranya mengalami stres dan lapar, gantikan makanan berproses dan tinggi lemak trans dengan makanan lemak sihat seperti minyak zaitun yang mengandungi khasiat Polifenol untuk menyokong mengawal kadar stres dan rasa lapar. Ayuh cuba!😉
Rujukan: Patterson, Z. R., & Abizaid, A. (2013). Stress induced obesity: Lessons from rodent models of stress. Frontiers in Neuroscience, 7. https://doi.org/10.3389/fnins.2013.00130’