Aafiyat Cakna: Masalah Sembelit Ketika Berpuasa?
Penah dengar tentang sembelit ni tapi tak pasti sembelit tu macam mana?
Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan mengalami kesukaran untuk membuang. Contohnya, seminggu sekali sahaja membuang air besar. Apabila membuang tu rasa macam tidak lawas dan najis pula keras.
Sembelit ini hanya satu gejala, bukannya satu penyakit tetapi tetap perlu berwaspada. Setiap orang pasti pernah mengalami sembelit sekurangnya sekali atau dua kali. Selalunya sembelit ni disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak betul.
Tambahan lagi, sembelit lagi mudah berlaku apabila sedang berpuasa dan tubuh badan kita kekurangan cecair yang banyak kerana kita tidak minum dan makan selama 13-14 jam.
Simptom sembelit yang berpanjangan boleh menyebabkan komplikasi buasir (koyakan pada kulit di sekeliling dubur). Najis keras akan meregangkan otot menyebabkan rektum terkeluar dari dubur.
Rujukan: Kementerian Kesihatan Malaysia
Oleh itu, sangatlah penting menjaga pemakanan yang betul apabila berpuasa. Elakkan makan makanan yang berat 2 jam sebelum tidur tetapi amalkan minum setengah gelas jus delima selepas berbuka puasa atau moreh untuk menggalakkan penghadaman yang lebih optimum.