CW 27.04.2021 : Perniagaan Yang Tiada Ruginya
✨ Bingkisan Ramadhan : Perniagaan Yang Tiada Ruginya
Antara amalan baik yang elok dilakukan di bulan yang mulia ini ialah sedekah. Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
"Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan." - (Riwayat Tirmizi: No 599)
Dengan kesempatan masa dan kesihatan yang kita ada, marilah kita berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.
“Dan apa saja yang kamu sedekahkan, maka Allah akan menggantinya, dan Dia-lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya” (QS Sabaa’:39).
Semoga kesihatan kita semakin mantop dan teruskanlah istiqamah beramal dengan super food Olive House.
Moga bermanfaat !
#OliveHouse
#KasihRamadhan
#AafiyatLifestyle