Aafiyat Sharing: Kualiti Tidur & Kesan Kepada Berat Badan
Kita sering dengar istilah ‘detox usus’ tetapi pernah dengar tentang ‘sleep hygiene’?
‘Sleep Hygiene’ bukanlah berkisar tentang amalan membersihkan diri sebelum masuk tidur, tetapi merujuk kepada amalan tidur yang berkualiti tanpa gangguan. Kualiti tidur merangkumi pelbagai amalan dan tabiat yang diperlukan untuk mencapai kualiti tidur malam yang baik dan tampil segar pada hari esok.
Keperluan tidur seseorang memang berbeza namun kajian mendapati seseorang yang tidur kurang daripada 7 jam lebih berisiko mengalami pertambahan berat badan. Kajian ini diterbitkan dalam Jurnal Clinical Nutrition and Metabolic Care pada 2013.
2 hormon penting yang perlu anda tahu ialah ghrelin & leptin. Ghrelin adalah hormon yang dilepaskan pada perut yang menandakan rasa lapar pada otak. Kadar hormon ini melonjak ketika dalam keadaan lapar.
Manakala leptin adalah hormon yang dilepaskan daripada sel lemak. Hormon ini berfungsi memberi isyarat lapar dan kenyang. Ketika seseorang tidak cukup tidur, tubuh akan menghasilkan lebih banyak ghrelin yang membuatkan kita sentiasa berasa lapar.
Justeru itu, tidur yang mencukupi sangat penting selain pemakanan seimbang dan senaman dalam usaha mengurangkan berat badan.
Dapatkan tip dan info bermanfaat menerusi kempen Change Now yang dibawakan khas oleh Olive House. Hubungi ejen-ejen berhampiran anda segera.
Rujukan: Beccuti, G., & Pannain, S. (2011, July). Sleep and Obesity. Current opinion in clinical nutrition and metabolic care.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3632337/