Tips Aafiyat : Perut Tak Selesa ?
Haa, sedar tak harini dah masuk 13 Zulhijjah. Hari Tasyrik yang terakhir, dan hari terakhir juga lah untuk melakukan ibadah korban.
Dan sejak raya pertama haritu, mesti ramai yang dah terr'makan' macam-macam kan?
Lepastu mula lah rasa perut tak selesa, serba tak kena jadinya!
Bila datang rasa perut kembung, tak selesa, memulas, ber'angin', cuba amalkan bancuhan Madu Gunung Kyrgyzstan dan Minyak Habbatus Sauda.
Sebab apa? Sebab gabungan keduanya sememangnya telah terbukti melalui kajian klinikal dalam membantu pesakit dengan masalah dispepsia, iaitu masalah ketidakhadaman, pencernaan yang kurang baik. Rujukan: (Mohtashami et al., 2015)
Jadi tak perlu susah hati, pening-pening nak cari ubat.
Buat je resepi aafiyat, amalkan sahaja bancuhan 1 sudu teh madu dan 7 titis Minyak Habbatus Sauda bersama 300ml air ya.
InsyaAllah mudahan perut jadi tempat penyerapan nutrisi yang baik dan bukan punca pelbagai penyakit mula menyerang. Kita mampu mengubahnya. 💪🏻