Diet Popular Di Malaysia,"Mana Paling Berkesan"?
Diet Popular Di Malaysia,"Mana Paling Berkesan"?
Lelaki di Malaysia ini idamkan badan yang sado malah perempuan pula impikan tubuh badan yang ramping dan kelihatan cantik sentiasa.
Tapi kita selalu kalah dengan nafsu makan sebab Malaysia boleh dikatakan syurga makanan dan meningkatkan berat badan.
Jadi,ramailah yang menyusun strategi untuk diet dan banyaklah tips serta jenis diet yang dijumpai.Namun mana yang lebih berkesan?
Intermittent Fasting (IF)
- Konsepnya mudah,orang yang mengamalkannya harus berpuasa untuk satu tempoh yang agak lama,sekurang-kurangnya 14 ke 16 jam sehari untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif.Bahkan boleh juga berpuasa sehingga 18 jam,23 jam,24 jam,48 jam atau 72 jam.Ada juga yang mengamalkan OMAD (One Meal A Day),hanya sekali makan dalam tempoh 24 jam.
Diet Keto
- Diet ini merupakan diet yang sangat rendah dengan karbohidrat namun tinggi lemak,protein pula pada kadar sederhana.Diet ini pada asalnya digunakan untuk merawat penyakit sawan pada tahun 1920 an namun pakar kesihatan mendapati ia juga berkesan untuk menurunkan berat badan.Badan memerlukan karbohidrat yang kemudiannya ditukar menjadi glukosa untuk tenaga.Apabila karbohidrat dalam badan rendah,badan akan mencari sumber lain untuk ditukar menjadi tenaga.
Diet Suku-suku Separuh
- Dilancarkan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM)diet ini secara asasnya sangat mudah.Suku bahagian pinggan diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi atau roti,suku pinggan lagi diisi dengan sumber protein seperti ikan,ayam,daging dan kekacang.Manakala separuh pinggan lagi diisi dengan buah dan sayur.Dengan mengamalkan konsep ini ,seseorang dapat mengelakkan masalah obesiti yang akan membawa pelbagai penyakit tidak berjangkit.
Semoga Bermanfaat!!