Aafiyat Lifestyle: Punca Pedih Ulu Hati Ketika Bulan Puasa
Marhaban Ya Ramadhan. Alhamdulillah kembali lagi kita dalam bulan yang dilimpahi barokah di dalamnya.
Cerita tentang pedih ulu hati di bulan puasa ni bukan perkara baru. Ramai yang mengalami dan menyebabkan ibadah puasa mereka terganggu. Bagi yang tidak mengalaminya, bersyukurlah sebanyaknya kerana dapat beribadah dengan sempurna tanpa masalah.
Pedih ulu hati sebenarnya tiada kaitan dengan organ hati. Ianya merujuk kepada masalah dalam perut, rasa pedih yang menyucuk yang menyebabkan ketidakselesaan ketika berpuasa.
Ada 6 kemungkinan punca pedih ulu hati iaitu:
‼️ GERD. Asid yang berada di dalam perut naik ke permukaan dalam esofagus, menyebabkan keradangan
‼️ Gastrik. Ia mungkin berlaku di permulaan puasa apabila tiada makanan untuk dicernakan di dalam perut
‼️ Ulcer perut (luka di dalam perut) disebabkan jangkitan bakteria_Helicobakter Pylori_
‼️ Keradangan di pankreas menyebabkan rasa sakit di bahagian ulu hati
‼️ Hepatitis. Keradangan organ hati yang menyebabkan rasa sakit di bahagian ulu hati
‼️ Masalah pundi hempedu. Berlaku keradangan akibat jangkitan kuman atau mengandungi banyak batu di dalamnya
Biasanya mereka yang mangalami masalah ini di bulan puasa akan berhadapan situasi ini untuk beberapa hari. Menurut Dr Zubaidi, ia berpunca dari perubahan pola pemakanan kita.
Oleh itu, ubahlah ke pola pemakanan yang lebih sihat gaya Aafiyat Lifestyle. Perbanyakkan makan makanan organik tinggi nutrisi seperti minyak zaitun dan jus delima untuk menyokong fungsi perut sepanjang bulan Ramadhan ini.
Rujukan:http://drzubaidi.com/blog/rasa-pedih-perut-semasa-berpuasa/_