Sinergi Bernutrisi untuk Kombo Salam Baitullah
Sinergi Bernutrisi untuk Kombo Salam Baitullah
Salam Baitullah 2024 yang dibawakan oleh Aafiyat telah membariskan beberapa produk dalam kombo jualan. Antara produk-produk yang dibariskan oleh Produk Olivie Plus 30x, Olivie Power Up (OPU) dan Olive House Tokotrienol 70mg softgel. Olivie Plus 30x mengandungi Monounsaturated Fatty Acids, Oleic acid, Saturated Fatty Acids, Polyunsaturated Fatty Acids, Omega-6 (Linoleik acid), Omega-3 (Linolenik acid), Vitamin E (Tokoferol), Vitamin K, Polifenol, Oleocanthal, Sterol, Beta-sitosterol, Pigmen, Klorofil serta Karotenoid. Kajian yang di jalankan oleh menunjukkan pengambilan minyak zaitun tinggi polifenol (360mg/kg) dapat menurunkan tekanan darah sistolik di kalangan individu dewasa yang sihat. Antara kajian lain iaitu terhadap pesakit kencing manis, pengambilan diet harian yang mengandungi 10g minyak zaitun dalam individu dewasa sihat mampu mengawal peningkatan gula selepas makan (Donat-Vargas et al.,2022).
Olivie Power Up (OPU) ialah butiran campuran ekstrak buah dan daun zaitun yang berasaskan ekstrak dari buah ranting dan daun zaitun yang direndam bersama minyak zaitun 'extra virgin' dengan menggunakan teknologi Jepun. Kajian dari (Sasaki & Isoda, 2022) menunjukkan pengambilan OPU pada 25, 50, 75 dan 100 ug/ml dapat melindungi sel neuron SH-SY5Y dengan menurunkan paras molekul signal keradangan dan meningkatkan paras molekul signal neurotransmitter. Selain itu, pengambilan OPU (50mg/kg) selama 30 hari dapat meningkatkan spatial learning dan latihan memori pada kumpulan tikus yang berusia 18 bulan. Olive House Tokotrienol 70 miligram dalam satu kapsul/softgel. Tokotrienol ini adalah semulajadi dari minyak sawit merah dan di formulasi khas dengan kepekatan Tokotrienol yang tinggi. Tokotrienol telah dikaji serta berpotensi dengan manfaat kesihatannya, termasuk bersifat antioksidan dan anti-radang.
Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan gabungan antara Olivie Plus 30x dan Olive House Tokotrienol 70mg softgel menunjukkan kesan sinergistik, antaranya ialah memperbaiki fibrosis berkaitan NAFLD, Hyperkolesterolemia dan kesihatan usus serta tumbesaran bayi ketika hamil.
Manakala, kombinasi pengambilan Olivie Plus 30x, OPU dan Olive House Tokotrienol 70mg softgel dapat mematikan sel kanser. Satu kajian telah dijalankan terhadap sel kanser payudara yang di intervensi dengan gabungan tokotrienol bersama vitamin D. Dimana ia menunjukkan kesan positif, pertumbuhan sel kanser dapat diberhentikan secara pantas berbanding pengambilan secara solo bagi setiap sebatian.
Pengambilan OPU dan Olive House Tokotrienol 70mg softgel dapat menurunkan paras serum triglycerides secara konsisten (memperbaiki profil kolesterol). Satu kajian dijalankan terhadap manusia, tikus makmal yang diberi diet tinggi lemak serta supplement beberapa dos tocotrienol yang telah diisolat bersama minyak zaitun dan mendapati kadar kolesterol terutamanya serum triglyceride nya bertambah baik secara konsisten terhadap semua kumpula seawal sebulan penggunaannya.
Kombinasi minyak zaitun dan tokotrienol dapat memberikan perlindungan yang lebih efektif terhadap penyakit kardiovaskular dengan mengurangi oksidasi LDL, menurunkan peradangan dan meningkatkan profil lipid dalam darah. Kedua bahan ini dapat bekerjasama untuk memberikan perlindungan antioksidan yang lebih kuat, membantu mencegah penuaan dan mengurangi risiko penyakit kronis yang terkait dengan stres oksidatif.