Info Aafiyat: Sukat Pengambilan Air: Syarat Penting Dalam Amalan Minyak Habbatus Sauda?
Pernah tak kita dengar pengalaman mereka yang rasa "panas" selepas minum Minyak Habbatus Sauda?
Lepas tu terus anggap Minyak Habbatus Sauda ni tak bagus dan tak sesuai untuk tubuh kita.
Sebenarnya, antara syarat penting dalam amalan Minyak Habbatus Sauda adalah menyukat pengambilan air kosong seharian dengan secukupnya.
Untuk individu sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia mencadangkan sekurangnya 8-10 gelas (250ml) air kosong sehari, bersamaan 2-2.5 liter air sehari.
Ada juga pendapat pengambilan air mengikut berat iaitu 1L untuk setiap 25kg berat badan.
Namun, pengambilan haruslah secara berkala dan tidak boleh melebihi 1L dalam tempoh 1 jam kerana buah pinggang hanya mampu menyingkirkannya secara berperingkat.
Manakala untuk mereka yang mempunyai masalah lemah jantung serta buah pinggang kronik perlulah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu, biasanya hanya 800ml-1L air yang dibenarkan sehari.
Air memainkan peranan teramat penting dalam tubuh, antaranya:
✅ Mengekalkan fungsi usus yang normal serta mengelakkan sembelit.
✅ Mengoptimumkan fungsi & penyerapan Minyak Habbatus Sauda dalam tubuh.
Jadi, mulakan hari anda dengan dos Minyak Habbatus Sauda yang sederhana (5-7-11 titis) dan wajib kita sukat pengambilan air kosong kita.
Boleh juga gantikan air kosong dengan jus buahan asli tanpa gula seperti:
✅ Jus delima organik Azerbaijan
✅ Bancuhan cuka teen
Sumber: Knowledge Management Aafiyat Group