Aafiyat Nutrisi : Lindungi Kesihatan Mental Saat Pandemik Covid-19
Ramai yang terkesan sekarang ini dengan suasana dalam rumah berminggu-minggu lamanya dan pergerakan keluar rumah yang terhad. Ada yang alami situasi tertekan yang agak teruk dan cenderung ingin lakukan perkara-perkara yang tidak wajar pada akal fikiran yang cerdas.
Jadi, macam mana kita nak bantu orang sekeliling kita yang lalui situasi ini?
Ada tak saranan pemakanan yang boleh diberikan?
Baik,
Menurut penyelidik Sepanyol dari University of Navarra dan Las Palmas de Gran Canaria, pengambilan Lemak Sihat daripada Minyak Zaitun yang kerap diambil dalam menu makanan harian dapat melindungi dari situasi berkaitan mental.
Kajian ini merangkumi 12,059 sukarelawan yang merupakan sebahagian daripada Projek SUN, (sebuah kajian prospektif di kalangan alumni universiti Sepanyol), yang bertujuan untuk mengenal pasti penentu kepada strok, penyakit koronari dan gangguan lain.
Data yang dikumpulkan, menunjukkan bahawa sukarelawan yang mempunyai pengambilan lemak trans yang tinggi, lemak hidrogenasi yang terdapat terutamanya dalam makanan harian daripada sumber yang diproses, mempunyai risiko peningkatan kemurungan hingga 48 % berbanding sukarelawan yang tidak mengambil lemak ini.
Hasil kajian mendapati bahawa pengambilan minyak zaitun dan lemak tak tepu berganda (PUFA) yang lebih tinggi yang terdapat pada ikan berlemak dan minyak sayuran dikaitkan dengan risiko kemurungan yang lebih rendah.
Jadi, kenapa perlu berlengah lagi?
Jom hadiahkan Minyak Zaitun Extra Virgin keluaran Olive House ini kepada insan kesayangan anda.
Ingat, usaha cegah sebelum parah 🤗