Info Aafiyat: Darah tinggi, Apa Mitosnya? Apa Faktanya?
Banyak fakta mengenai darah tinggi yang diperkatakan oleh ramai orang. Terlalu banyak hinggakan kekadang kita jadi keliru mana satu yang betul.😅
Jom ketahui Mitos & fakta darah tinggi:
Mitos
🙅🏻♀Keturunan saya ada darah tinggi, CONFIRM saya akan ada darah tinggi.
🙅🏻♀Tekanan darah akan tinggi bila saya minum kopi,jadi tak perlu risau
🙅🏻♀Saya berasa sihat. Saya tidak perlu bimbang tentang penyakit darah tinggi.
Fakta
💁🏻♀Potensi ada tapi masih boleh dicegah dengan gaya hidup yang sihat.
💁🏻♀Untuk kepastian, elakkan minum kopi sebelum pemeriksaan bacaan tekanan darah. Supaya bacaan lebih tepat.
Yang sangatlah fakta, darah tinggi dikenali sebagai Pembunuh Senyap kerana ia tidak bergejala. Jangan tunggu ada gejala baru nak jaga kesihatan. Bak kata pepatah, “ingat sebelum kena, berhemat sebelum habis”.
Rujukan: Kementerian Kesihatan Malaysia