Bingkisan Jumaat: Doa Akhir Ramadhan
Dari Jabir bin Abdillah ra dari Muhammad Al Mustafa, beliau bersabda: Siapa yang membaca doa ini pada hari terakhir Ramadhan, dia akan mendapatkan salah satu dari dua kebaikan iaitu menjumpai Ramadhan pada tahun mendatang atau mendapat pengampunan dan rahmat Allah swt.
أَللَّهُمَّ لاَ تَجْعَلْهُ آخِرَ الْعَهْدِ مِنْ صِيَامِنَا إِيَّاهُ، فَإِنْ جَعَلْتَهُ فَاجْعَلْنِيْ مَرْحُوْمًا وَ لاَ تَجْعَلْنِيْ مَحْرُوْمًا
"Ya Allah, janganlah Engkau jadikan bulan Ramadan ini bulan Ramadan terakhir dalam hidupku. Jika Engkau menjadikannya sebagai Ramadan terakhir bagiku, maka jadikan aku sebagai orang yang Engkau sayangi dan jangan jadikan aku orang yang Engkau murkai.”
Kebaikan membaca doa pada malam akhir Ramadan dinyatakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Dailani yang dipetik daripada buku Misteri Dua Tangan dalam Doa, Peringatan, dan Doa oleh DR. KH. Badruddin Hashim Subky, M. HI, Rasulullah saw bersabda:
"Ada lima malam di mana doa tidak akan ditolak, iaitu malam pertama bulan Rajab, pertengahan bulan Syaa'ban, malam Jumaat, malam Aidilfitri, dan malam Aidiladha." (HR. Ibn Dailani).
Sama-sama kita amalkan doa akhir Ramadan ini semoga kita beroleh segala kebaikan di bulan yang mulia ini inshaa Allah. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.🤗