FAQ Organic EVOO Spray
FAQ Organic EVOO Spray
1) Apakah Semburan Minyak Zaitun Ekstra Virgin Organik (Organik EVOO Spray)?
Semburan Minyak Zaitun Ekstra Virgin Organik (Organik EVOOS) adalah produk yang berasaskan minyak zaitun ekstra virgin asli yang melalui perahan sejuk (mechanicaly cold pressed) iaitu proses perahan tanpa menggunakan haba dan dibotolkan menggunakan botol semburan (spray bottle) untuk mengekalkan nutrisi dan manfaatnya.
2) Apakah kelebihan produk Organik EVOOS ini?
Produk ini mempunyai rasa yang ringan (delicate) dan rasa “fruity” sesuai untuk kepelbagaian penggunaan terutamanya di dalam masakan. Ianya juga mempunyai tahap keasidan yang rendah (0.1%-0.2%). Penggunaan botol semburan juga dapat mengelakkan berlakunya pengoksidaan serta dapat mengekalkan kesegaran dan kualiti minyak zaitun. Tambahan pula, ianya ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.
3) Adakah produk ini mendapatkan pensijilan organik.
Ya, produk kami disahkan organik dan telah mendapat persijilan organik dari “United States Department of Agriculture” (USDA), Eropah dan China.
4) Adakah produk ini halal?
Ya, produk ini halal dan telah mendapat pensijilan halal daripada Morocco.
5) Adakah produk ini sesuai untuk sesiapa yang mengamalkan “diet”?
Produk ini sesuai diamalkan pada sesiapa yang mengamalkan diet khususnya diet ketogenic atau lebih dikenali sebagai diet keto. Produk ini bebas kandungan karbohidrat dan kolestrol serta tinggi kandungan asid lemak tidak tepu (unsaturated fatty acid) yang bersesuaian dengan amalan diet ini.
6) Bolehkah saya menggunakan Organik EVOOS ini dalam resipi atau masakan?
Sudah tentu! Produk ini serba boleh (versatile) dan boleh digunakan dalam pelbagai hidangan seperti masakan tumis, pencuci mulut, kek dan sebagainya. Produk ini lebih sesuai untuk memasak kerana kandungan antioksidan nya yang sederhana yang tidak memerlukan prosedur yang perlu untuk mengelakkan kandungan antioksidannya daripada hilang terutamanya ketika terkena suhu tinggi berbanding Olivie 30X dan yang lain2.
7) Bolehkah produk ini digunakan pada penggunaan luaran (external use)?
Ya, produk ini boleh digunakan pada kulit dan rambut. Tetapi, dicadangkan untuk melakukan “patch test” terlebih dahulu sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan berlakunya iritasi.
8) Bagimanakah cara penggunaan produk Organik EVOOS ini?
Halakan muncung (nozzle) pada hidangan dan tekan kepala semburan (spray head) untuk meratakan minyak zaitun secara menyeluruh. Tekan kepala semburan secara sekejap dan ringan (light) untuk salutan yang ringan dan sedikit. Manakala, tekan kepala semburan dengan lebih lama untuk salutan yang lebih banyak. Selain itu, produk ini boleh disembur secara terus (spray directly) ke dalam mulut dan kulit.
9) Bagaimanakah cara penyimpanan produk ini?
Untuk mengekalkan kesegaran dan kualiti produk ini, ianya perlu disimpan di tempat kering yang sejuk, jauh dari sumber cahaya dan haba.
10) Apakah jangka hayat produk ini
Jangka hayat produk ini adalah 3 tahun dari tarikh pembuatannya apabila disimpan mengikut garis panduan kami yang disyorkan.
11) Berapa ketahanan produk ini?
Setiap botol produk EVOOS mengandungi 160 ml. Apabila digunakan pada kadar 5 ml sehari, ia berkesan boleh bertahan selama sebulan dengan penggunaan harian.
Nota: Semburan 5 saat dapat menghasilan kira-kira 5 ml produk yang bersamaan dengan 1 bulan penggunaan jika digunakan setiap hari.
12) Adakah produk ini sesuai dimakan untuk kanak-kanak?
Ya, produk ini sesuai dimakan untuk kanak-kanak seawal 6 bulan. Boleh digunakan dalam penyediaan makanan mereka seperti bubur dan sebagainya.
13) Adakah terdapat sebarang allergen pada produk ini?
Secara amnya, produk minyak zaitun ekstra virgin asli tidak mengandungi sebarang allergen. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai kebimbangan atau alahan khusus, sila berunding dengan profesional penjagaan kesihatan jika perlu.
14) Bolehkah saya menggunakan produk ini jika saya sudah mengamalkan produk minyak zaitun ekstra virgin yang lain?
Boleh, penggunaan organic EVOOS ini bersama-sama dengan produk minyak zaitun yang lain contohnya seperti Olivie Plus 30x dapat meningkatkan keberkesanannya kerana kedua-duanya boleh menyeimbangi manfaat antara satu sama yang lain. Dan produk ini juga sesuai bagi mereka yang baru ingin berjinak untuk mengamalkan minyak zaitun dalam diet mereka kerana rasanya yang ringan dan sedap.
15) Bolehkah botol semburan Organik EVOOS berkarat?
Botol semburan Organik EVOOS tidak boleh berkarat kerana ianya diperbuat daripada bahan aluminium, tetapi ianya boleh terhakis (corrode) jika terdedah dengan oksigen dan air. Oleh itu, disarankan untuk menyimpan produk ini mengikut garis panduan kami yang disyorkan.
16) Di manakah saya boleh membeli Organik EVOOS?
Pembelian boleh dibuat melalui agen yang berdaftar di sekitar kawasan / daerah berdekatan pelanggan. Sila layari laman web https://aafiyatmall.com untuk maklumat lanjut atau terus hubungi 013-5000157 (hotline) /04-7710749 (pejabat).
17) Apakah perbezaan produk ini dengan Olivie dan PMZ?
Produk Olivie 30X adalah dibawah gred farmaseutikal dimana ianya adalah ekstra virgin dan mempunyai 30 kali ganda hydroxytyrosol (tinggi antioksidan) yang bermanfaat untuk kesihatan. Bagi produk ini pula, ianya juga adalah ekstra virgin akan tetapi rasanya lebih ringan dan kandungan antioksidanya juga di tahap sederhana sahaja. Ianya sesuai bagi salad dressing, memasak, sapuan dan juga boleh digunakan secara terus untuk lebih rasa mengenyangkan (sebagai sumber lemak sihat ketika berdiet). Ianya seakan2 PMZ akan tetapi ianya didatangkan dengan packaging yang lebih menarik iaitu didalam botol spray aluminium yang dapat memelihara kualitinya (termasuk keasidannya).