• Login
  • Register
Related Topics
Tags:
aafiyatcakna

Aafiyat Cakna: Punca Sakit Jantung di Usia Muda


Pakar Perunding Kardiologi, Hospital Pakar KPJ Tawakkal Kuala Lumpur, Dr Zul Hilmi Yaakob menjelaskan tanda-tanda sakit jantung bukan tertakluk kepada golongan warga emas semata-mata.

Katanya, didapati 80% pesakit jantung adalah lelaki berusia di bawah 50 tahun dengan 55% daripadanya adalah perokok tegar. Sementara itu, bagi wanita yang cenderung berdepan masalah jantung adalah selepas melepasi menopaus.

Punca-Punca Serangan Jantung:
♦️Obesiti
♦️Merokok
♦️Tekanan perasaan
♦️Ada penyakit darah tinggi
♦️Ada penyakit kencing manis
♦️Keturunan
♦️Kurang aktif bersenam
♦️Amalan pemakanan harian tidak sihat

Punca-punca tersebut adalah penyumbang kepada peningkatan bilangan pesakit muda menderita masalah jantung tanpa disedari. Pesanan untuk anak-anak muda, marilah kita mula mengamalkan gaya hidup Aafiyat, kesihatan pun terjaga♥️

 

Sumber : https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2020/02/660499/ramai-orang-muda-sakit-jantung

Try visit other page: Aafiyat2u, Olive House, or Aafiyat Mall
  • Home
  • About
  • Directory
  • Dictionary