Sesuaikah Roti Untuk Diet?
SESUAIKAH ROTI UNTUK DIET?
1. Ramai yang cuba untuk berdiet, dengan hanya memakan roti mengganti nasi.
2. Roti ialah "process food" atau makanan berproses yang mempunyai tahap karbohidrat yang tinggi, tiada serat dan tiada mikronutrien seperti mineral, vitamin dan antioksida.
3. Selain itu ia mempunyai gluten, dan tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan gluten.
4. Dua keping roti putih mengandungi kira-kira 150 kalori bersamaan dengan satu mangkuk kecil nasi putih.
5. Sekiranya masih ingin mengambil roti dalam diet, kita, boleh tukar jenis roti dengan menggantikan roti putih biasa anda dengan roti wholemeal.
6. Roti wholemeal ialah roti gandum penuh yang tinggi dengan serat makanan. Roti ini mampu membuat seseorang berasa kenyang dengan cepat.
7. Boleh pilih dua jenis roti Gardenia di pasaran iaitu roti Wholemeal with Sunflower Seeds (paket hijau) ataupun Roti 100% Wholegrain with Canadian Purple Wheat (paket ungu). Cuba elakkan roti putih.
8. Kedua-dua roti itu mempunyai nilai kalori, karbohidrat dan nutrisi yang hampir sama, dan mereka mempunyai kandungan serat yang tinggi.
9. Serat dalam pemakanan yang tinggi membantu proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
10. Untuk perbandingan, Canadian Purple Wheat lebih tinggi seratnya berbanding Wholemeal with Sunflower Seeds, serta kalori lebih rendah. Selain itu, nilai Glycaemic Index (G.I) untuk Canadian Purple Wheat lebih rendah, iaitu 46 berbanding Wholemeal, iaitu 55.
11. Jadi bolehlah ambil sekeping dua, makan dengan cicah minyak zaitun atau sebagai sandwich daging, telur atau ikan. Letakkan sedikit sayur tomato dan timun.
12. Jadi ia akan menyebabkan menu roti kita lebih bernutrisi dan mempunyai tahap GI yang lebih rendah.
Semoga bermanfaat!!