Bingkisan Jumaat: Malam Nisfu Syaaban
Bulan Syaaban di antara bulan yang mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu kerana hampirnya ia dengan bulan Ramadhan yang jelas mendapat kemuliaan daripada Allah swt.
Malah pada pertengahannya (Nisfu Syaaban) antara malam dinantikan oleh umat Islam berikutan terdapat dalam hadis riwayat mengenai pengampunan daripada Allah swt yang dikaitkan dengan malam Nisfu Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam 15 Syaaban, sebaik sahaja masuk waktu solat Maghrib, iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.
Daripada Muaz bin Jabal ra dari Nabi saw baginda bersabda: “Allah mendatangi makhlukNya pada malam Nisfu Syaaban. Dia mengampuni makhluk kecuali orang musyrik (berbuat syirik) dan yang bermusuhan”
(HR Tobrani No: 16639)
Status: Hadis Sahih
Tiada amalan khusus yang ditetapkan pada malam Nisfu Syaaban, namun kita boleh memperbanyakkan beribadat seperti solat sunat, berpuasa, berdoa memohon keampunan, berzikir dan membaca Al-Quran.
Marilah kita merebut peluang memperbanyakkan ibadat pada hari Nisfu Syaaban. Sebarkan untuk manfaat kita semua. 🤗