CW 26.04.2021 : Dua Nikmat Yang Sering Dilupakan Oleh Manusia
✨ Bingkisan Aafiyat : Dua Nikmat Yang Sering Dilupakan Oleh Manusia
Kesihatan yang kita miliki ini belum tentu selamanya milik kita. Jika kita tersalah mengatur langkah dalam pemakanan seharian, maka sihat akan meninggalkan kita dan sakit pula yang akan mengunjungi kita.
Beringat dan berwaspadalah. Jangan kerana nafsu kita akhirnya mudah tergoda. Pelbagai juadah di Bazar Ramadhan boleh mengaburkan mata kita.
Dari Ibnu Abbas RA dia berkata; Nabi SAW bersabda: “Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.” (HR Bukhari No: 5933)
Jadi, marilah bersama mengamalkan pemakanan yang Aafiyat. Semoga nikmat kesihatan yang diberi oleh Allah swt ini dapat kita manfaatkan dengan melakukan 1001 kebaikan dalam kehidupan seharian kita.
Aamin !