Tahukah Anda ? Minyak Zaitun dinobatkan sebagai minyak paling sihat di dunia!
Tahukah Anda ?
Minyak Zaitun dinobatkan sebagai minyak paling sihat di dunia!
Ya betul, Minyak Zaitun kaya dengan “monosaturated fat” yang sihat di samping kaya dengan antioksidan yang dapat membantu mengelakkan keradangan sel dalam tubuh.
Ada pelbagai jenis Minyak Zaitun di pasaran, jadi amat penting untuk kita membeli minyak zaitun yang berkualiti tinggi.
Minyak zaitun dengan khasiat terbaik adalah minyak zaitun extra virgin. Ia diperolehi dari perahan yang menggunakan Teknik “cold press”.
Teknik ini memastikan khasiat minyak zaitun terjaga. Banyak kajian menemui kelebihan minyak zaitun extra virgin berkaitan penyakit seperti penyakit berkaitan jantung, kolesterol, strok, Alzheimer, diabetes, arthritis dan kanser.
Jadi, marilah kita sama-sama amalkan minyak paling sihat di dunia ini.
Semoga Bermanfaat!