TINGKATKAN KESIHATAN OTAK
TINGKATKAN KESIHATAN OTAK
Semasa di universiti, professor yang mengajar histology beritahu bahawa otak dapat membina sel-sel baru jika sel-sel ini telah mati atau tidak berfungsi. Tidak seperti sel-sel kulit yang sering bertukar yang baru apabila ia mati.
Namun menurut banyak kajian terbaru, sel-sel otak yang mati boleh diperbaharui (regeneration).
Ia bergantung kepada banyak faktor, terutamanya seperti apa yang kita makan, berapa banyak kita tidur dan kekerapan kita melakukan aktiviti fizikal .
Terdapat beberapa cara untuk memastikan otak kita sihat ialah:
1. Pastikan lebih 50% makanan di pinggan kita adalah sayur-sayuran.
2. Makan banyak lemak sihat yang kaya dengan omega 3 (ikan dan kekacang) dan minyak tidak tepu mono (avokado dan minyak zaitun).
3. Optimumkan pengambilan protein seperti telur, ikan dan ayam.
4. Elakkan gula, air berkarbonat, lemak trans, makanan berproses yang mengandungi perasa, pewarna dan pengawet.
5. Lakukan senaman dengan kerap.
6. Belajar untuk merehatkan minda dan kawal stress. Bina rangkaian rakan, keluarga dan komuniti yang positif.
7. Dapatkan cukup tidur.