Aafiyat Sharing: Covid & Obesiti: Apa Yang Perlu Anda Tahu?
Jika obesiti dengan tekanan darah tinggi ibarat sepeket Kopi Pracampur 2 Dalam 1 (tak dapat dipisahkan), covid & obesiti pula ibarat bom jangka (kombo yang merbahaya).
Obesiti ni sebenarnya adalah penyakit kompleks yang melibatkan jumlah lemak yang berlebihan. Perlu diingat bahawa obes bukan hanya masalah kosmetik, ia adalah keadaan perubatan yang meningkatkan risiko penyakit lain seperti diabetes, penyakit jantung, beberapa bentuk kanser dan tekanan darah tinggi.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata individu yang mempunyai rekod NCD seperti obesiti atau masalah kegemukan berdepan risiko komplikasi jangkitan kuman berlipat kali ganda berbanding sekadar radang paru-paru seperti dialami pesakit COVID-19 lain.
Menurut beliau lagi; "Siapa yang ada NCD ini, mereka kena datang lebih awal untuk mendapatkan rawatan kerana kita kenal pasti ia antara punca yang mencetuskan komplikasi kesihatan lebih dahsyat.”
Tolak ke tepi isu body shaming, kita fokus kepada tahap kesihatan dulu. Obes bukan sekadar masalah kosmetik tetapi jauh lebih dari itu dan boleh membawa mudharat yang lebih malah sehingga kepada kematian. Sebab itu di Olive House, kami sangat menyokong kempen Change Now yang sudah masuk bulan ke-3 dilancarkan.
Rujukan: Komplikasi COVID-19 lebih dahsyat jika obesiti, merokok (bharian.com.my)