Info Aafiyat : Kajian Menarik Berkaitan Minyak Habbatus Sauda
✨ Info Aafiyat : Kajian Menarik Berkaitan Minyak Habbatus Sauda
Haa, sebelum ni kita ada bincangkan bahawa masalah tekanan darah tinggi sangat serius kerana ramai yang tak sedar pun dia ada masalah tu. Namun secara 'tiba-tiba' terkena strok , serangan jantung, dan lain-lain. Nauzubillah 😥
Antara komplikasi atau kesan buruk darah tinggi yang lain termasuklah kerosakan pada salur darah, kerosakan pada jantung, otak, buah pinggang, kegagalan fungsi seksual, sawan semasa mengandung, serta tulang rapuh.
Jadi kali ini, mari kita lihat ada tak kaedah nak mencegahnya ya?
Antara yang menarik adalah satu kajian klinikal melibatkan Minyak Habbatus Sauda dan 70 orang sukarelawan yang sihat berusia 34 hingga 63 tahun.
Pengambilan Minyak Habbatus Sauda sebanyak setengah sudu teh (2.5ml), 2 kali sehari selama 2 bulan menunjukkan penurunan bacaan atas (sistolik) & bacaan bawah (diastolik). (Fallah Huseini et. al. 2013)
Jadi apa maksudnya?
Maka kita boleh meyakini bahawa Minyak Habbatus Sauda merupakan minyak sihat yang sangat sesuai untuk menjadi amalan bagi diet harian termasuklah dalam mencegah masalah darah tinggi.
Apapun jangan terus ambil setengah sudu teh ya, ambil dulu dengan dos 7-11 titis dan pastikan sukat pengambilan air kosong (2-3L) bagi pengguna dewasa. Kemudian tingkatkan penggunaan secara berkala mengikut kesesuaian individu.
Kurangkan pengambilan sodium (garam) dalam makanan termasuklah penggunaan kicap, sos, dan lain-lain. Makanan tinggi sodium seperti mee segera, telur masin, ikan masin juga perlu dihadkan terlebih dahulu demi masa depan kesihatan yang lebih baik.
Jom, cegah sebelum parah, kita mampu mengubahnya 💪🏻
Selamat beramal !