Tak Pernah Tahu Pun 7 Jenis Penipuan Makanan ini Berlaku Setiap Hari! (Part 1)
Tak Pernah Tahu Pun 7 Jenis Penipuan Makanan ini Berlaku Setiap Hari! (Part 1)
1. Minyak Zaitun Extra-Virgin - Kebanyakan minyak zaitun extra-virgin di pasaraya dipenuhi dengan kandungan lemak yang tidak sihat. Ini kerana ianya dicampur dengan minyak yang lebih murah seperti minyak kacang dan kacang soya sehingga menimbulkan risiko kesihatan yang serius kepada mereka yang mempunyai alahan terhadapnya. Nutrien-nutrien minyak zaitun ini juga digantikan dengan bahan ganti yang lebih berbahaya.
2. Madu - Lebih 80-90% madu dalam pasaran tempatan adalah madu tiruan atau sintetik. Madu tiruan atau sintetik ini sangat memudaratkan kesihatan manusia.
3. Daging Lembu - Meskipun di Malaysia banyak lembu ternakan yang disembelih untuk diproses dagingnya, terdapat kes di luar negara iaitu Perancis, Comigel telah menggantikan daging lembu dengan daging kuda bagi produk berasaskan daging seperti lasagne.
Pada tahun 2013, Agensi Piawaian Makanan telah menguji 18 produk daging lembu lasagne dan mendapati 11 daripada makanan tersebut mengandungi antara 60 hingga 100% daging kuda. Walaupun daging kuda tidak mempunyai risiko bahaya kepada keselamatan, namun kehadiran dadah veterinar dikenali sebagai Phenylbutazone atau ‘bute’ boleh menimbulkan risiko kepada kesihatan.
Semoga bermanfaat!