Tips Aafiyat: Langkah Pencegahan Penyakit Asma
Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan. Antara simptom serangan asma adalah seperti ‘wheezing’ (bunyi bersiul apabila sedang bernafas), kesesakan dada, sesak nafas dan batuk pada waktu malam atau awal pagi. Asma boleh menjadi penyakit yang mengancam nyawa jika tidak dirawat.
Antara langkah pencegahan yang boleh diambil:
✅Ambil ubat-ubatan seperti yang disyorkan
✅Elakkan aktiviti di luar apabila bacaan indeks pencemaran adalah tinggi
✅Elakkan bersenam semasa berlaku jangkitan saluran pernafasan
✅Elakkan senaman dalam cuaca yang sangat sejuk
✅Senaman dapat menyumbang kepada kawalan asma yang lebih baik pada orang yang mempunyai obesiti dan asma. Peningkatan dalam kawalan simptom asma dapat dilihat pada pesakit yang kehilangan antara 5% -10% berat badan.
Tabiat pemakanan yang tinggi manfaat nutrisi menjadi asas kepada pengurangan simptom asma dan pada masa sama membantu mengekalkan berat badan yang ideal. Pengambilan seperti cuka buahan asli membantu mengawal selera makan dan paras gula dalam darah. Amalkan juga bersama minyak zaitun yang bersifat anti-keradangan dengan menyokong sistem imuniti badan daripada jangkitan kuman.
Rujukan:
(1) Kementerian Kesihatan Malaysia
(2) What's the Right Olive Oil Dosage and How Do You Take It to Reap Benefits? livestrong.com