Aafiyat Lifestyle: Bahaya Makanan Segera Ketika Iftar
MAKAN "FAST FOOD" UNTUK BERBUKA PUASA MEMBERI KESAN LEBIH BURUK DARI MAKAN SEMASA HARI BIASA?
Senang beli makanan segera untuk iftar, cepat, mudah dan murah. Tapi tahukah anda tentang mudarat gaya pemakanan ini kepada kesihatan? Lebih-lebih lagi jika diambil semasa waktu berbuka puasa.
Ayam goreng, burger, minuman bergas dan macam-macam lagi menu terdapat di restoran makanan segera. Sesekali teringin tak menjadi kesalahan, tetapi sebolehnya dikurangkan kuantiti pengambilan makanan jenis ini terutamanya ketika di bulan Ramadhan. Kenapa ya?
Semasa berbuka puasa kita berpotensi makan dalam kuantiti yang banyak, makanan yang kita pilih pula tidak sihat. Tinggi gula, garam dan lemak trans. Kandungan dalam “fast food” ini memberi kesan buruk kepada tubuh. Badan akan terkejut! Terkejut macam mana tu?
Pengambilan gula, garam dan lemak trans yang tinggi dalam jangkamasa yang singkat menyebabkan badan memberi reaksi seperti “sugar spike” ataupun lonjakan kadar gula secara mengejut dalam tubuh. Tanpa kita sedar, kadar gula yang tinggi di dalamnya senyap-senyap boleh menyebabkan diabetes.
Kandungan lemak trans dan garam yang tinggi pula menyebabkan ketagihan yang melambatkan proses metabolisme. Kesannya, bila berat badan meningkat, beban kepada sendi-sendi seperti sendi lutut juga turut meningkat. Pasti sukar ingin melaksanakan ibadah nanti. Belum lagi kesan dari segi dalaman, kadar kolesterol dan tekanan darah juga akan meningkat apabila kita makan “fast food”. Takut kan?
Berbukalah dengan makanan yang baik untuk tubuh badan kita, contohnya dengan kurma. Ia membekalkan tenaga pantas dan kaya dengan zat besi yang baik untuk kesihatan otot dan otak serta pelbagai fungsi penting lain.
Di samping itu, minyak zaitun juga merupakan makanan yang baik untuk diamalkan selepas menikmati juadah berbuka. Selain menghasilkan perlindungan untuk lapisan perut yang dapat mengelakkan pedih ulu hati selepas berbuka, ia juga membantu untuk melancarkan penghadaman.
Jadi, kawal pengambilan makanan kita. Berbukalah dengan makanan Aafiyat.