• Login
  • Register
Related Topics
Aafiyat Lifestyle: 9 Manfaat & Khasiat Minyak Zaitun Untuk Wajah Yang Ramai Tidak Tahu
Aafiyat Lifestyle: Tidur Berkualiti Perlukan Makanan Bernutrisi
Aafiyat Lifestyle: Diabetes & Keturunan: Tanggapan yang perlu dibetulkan
Aafiyat Lifestyle: Empat Langkah Mencegah Obesiti Di Kalangan Kanak-Kanak
Aafiyat Lifestyle: 5 Khasiat Minyak Zaitun Untuk Ibu Hamil
Tags:
Aafiyat Lifestyle

Kemerdekaan Berlandaskan Al-Quran

Kemerdekaan Berlandaskan al-Quran
 
1. Allah persembahkan perjalanan hidup Nabi Ibrahim sebagai usaha seorang hamba untuk memerdekakan dirinya daripada kesesatan agama dan pemikiran. Perjuangan yang panjang berhadapan dengan kaum bahkan keluarganya sendiri diceritakan dalam al-Quran menggambarkan bagaimana Ibrahim berjuang membebaskan dirinya daripada kepercayaan yang salah.
 
1.1 Hari ini pelbagai kepercayaan menyeleweng yang membelenggu pemikiran anak muda yang diungkap dengan pelbagai istilah moden seperti liberalism, pluralism dan sebagainya memesongkan mereka daripada kerangka aqidah Islamiyyah. Merdekakah kita?
 
2. Allah juga menceritakan kepada kita kisah Nabi Syuib yang berjuang memerdekakan kaumnya daripada kezaliman belenggu ekonomi. Allah tegaskan dalam al-Quran bahawa kekayaan bukan hanya terkumpul dalam kelompok tertentu sahaja. Firman Allah:
كَيْ لا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الأغْنِيَاءِ مِنْكُمْ
(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. (Surah al-Hasyr: 7)
Malah dalam al-Quran, Allah menegur sikap orang-orang yang mengumpul harta tanpa memikirkan kesejahteraan sosial dan keadilan pembahagian kekayaan dalam masyarakat.
 
3. Al-Quran turut membayangkan perjuangan Nabi Musa yang berusaha memerdekakan kaumnya daripada penindasan pemimpin yang zalim. Penyusunan struktur masyarakat yang tidak adil serta zalim mendidik Nabi Musa berjuang membebaskan mereka daripada kejahatan pemerintah, aqidah yang rosak serta kerosakan sosial.
 
4. Kemuncaknya Allah datangkan Rasulullah untuk memerdekakan Quraisy daripada sistem jahiliyyah yang membelenggu dan merosakkan seluruh kehidupan mereka. Aqidah mereka sesat, struktur sosial yang zalim, ekonomi yang menindas dan pelbagai kebejatan sosial diperbaiki dan disusun semula oleh Rasulullah melalui panduan dari al-Quran.
 
Moga Allah menjadikan kita umat yang berpegang kepada al-Quran dalam memahami erti kemerdekaan.
Try visit other page: Aafiyat2u, Olive House, or Aafiyat Mall
  • Home
  • About
  • Directory
  • Dictionary